Ahad , 27 Mac 2011 di Bukit Merah LakeTown Resort telah berlangsungnya Mountainbike Challenge yang diberi nama Malaysian Gold Jamboree 2011. Dianjurkan oleh Kelab Biro Sukan Pemuda UMNO dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan telah mencipta rekod di Malaysia Book Of Record kerana penyertaannya yang melampau2 seramai lebih kurang 2600 orang. Dilepaskan tepat Jam 7.40 pagi oleh Y.B Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda BN).
LALUAN kali ini boleh dikatakan mendatar, tiada 'uphill' atau 'downhill' di kawasan offroad..cuma terdapat satu bukit 'cramp' saja menanti para peserta di akhir garisan..sebelum nak mencecah garisan penamat kena rabat dulu bukit di pintu masuk ke Bukit Merah...kira laluan kali ini memang sesuai utk beginner rider...kali ini yang menjadi cabaran para peserta adalah terpaksa mengharungi laluan berlumpur/berbecak/berselut dan juga berair...terdapat sebahagian laluan telah dinaiki air akibat banjir..pihak penganjur tidak mengubah laluan lain maka semua rider terpaksa mengharungi banjir setinggi paras paha...tapi ini lah dikatakan kelainan..kalau tak dak banjir maka tak merasa la kita tolak beskal....memang syok...syabas!

KAWALAN para peserta oleh pihak penganjur semasa di garisan permulaan amat mendukacitakan...ramai yang kurang berpuashati termasuklah aku...ramai peserta mengambil kesempatan diatas kelonggaran kawalan oleh pihak penganjur...sepatutnya pihak penganjur perlu mencari tempat yang lebih luas dan mengadakan kawalan yang ketat semasa permulaan memandangkan penyertaannya telah memecah rekod...ramai peserta berlaku tidak adil dan tidak sporting kerana terdapat ramai peserta yang lewat tiba telah menunggu di hadapan (bukan di tempat permulaan)..bunyi saja hon....tuu dia ramai rider dari celah2 pokok dan celah2 kereta keluar...ohh sungguh tidak adil kepada peserta yg datang awal...sepatutnya peserta2 perlulah bersikap adil dan sporting.."mai lambat dok belakang"...harap tak jadi lagi di Jamboree yang akan datang....
Wajah-wajah di garisan permulaan.........
Wajah-wajah di garisan permulaan.........
Antara laluan-laluan banjir...
merentasi titi yang ditutupi air...kiri dan kanan adalah anak sungai...(ada berita mengatakan terdapat 3 peserta terjatuh kedalam sungai berkenaan dan telah diselamatkan oleh peserta-peserta yang berada di situ)
KBSTEAM kali ini telah menghantar seramai 6 orang pengayuh ketegar...alhamdulillah semua selamat sampai..kenalah dengan tema 'Kayuh Bagi Sampai'.....semua dapat Bronze medal...
SECARA KESELURUHAN Jamboree ini memang dianggap yang terbaik...KBSTEAM memang berpuashati dengan penganjuran anda..TAHNIAH kepada pihak penganjur...mana2 kritikan atau komen yang dilemparkan jadikanlah iktibar dan penanda aras utk penganjuran yang akan datang...'KITA HANYA MERANCANG ALLAH YANG MENENTUKAN'............