I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jamboree Teluk Batik 2011

Teluk Batik MTB Jamboree 2011 (JTB)
Tarikh : 13 Mac 2011
Tempat : Teluk Batik, Lumut
Jarak : 35km
Jumlah Peserta : 700++ orang

Jamboree Teluk Batik 2011 - kali ini aku 'mengofferkan' diri untuk menjadi sukaralewan bagi membantu pelaksanaan penganjuran tersebut..aku ditugaskan untuk menjadi sweeper (rider yang terakhir) bersama hapiz (NAVY) di permulaan Offroad bukit....Jadi, aku pun kayuh jugak untuk turut sama-sama merasai keseronokan dan keperitan melayan trek uphill dan downhill yang di hidangkan....aku dan hapiz juga turut di bantu oleh geng2 motorcross agar memastikan tiada rider yang tertinggal di belakang di dalam hutan tersebut....kami selaku orang terakhir didalam hutan (offroad), dapat menyaksikan pelbagai karenah, pengalaman, suka, duka, kemalangan dan kecemasan oleh rider-rider sewaktu melayan trek offroad tersebut...bantuan kecemasan turut diberikan agar semua rider-rider berada didalam keadaan selamat sepanjang kayuhan...tidak ketinggalan juga tomahan, rungutan, komen, kutukan, kritikan, pandangan, nasihat dan pujian yang kami dengari...

Aku tak mahu mengulas panjang bab Jamboree kali ini...apa pun, semoga pihak penganjur dapat menerima segala kritikan yang dilontarkan oleh rider-rider berdasarkan ketidakpuashatian mereka...terimalah dengan hati yang terbuka kerana yang buruk datangnya dari kita sendiri dan yang baik datangnya dari ALLAH S.W.T....

Sepanjang JTB, aku ada snap beberapa gambar aksi rider2 yang mengambil bahagian....jadi anda boleh saksikan dibawah....MAAF JIKA KUALITI GAMBAR KURANG MEMUASKAN...(nak copy pun boleh..aku izinkan)


PART 1 - PERMULAAN