I made this widget at MyFlashFetish.com.

UTP MTB JAMBOREE 2011

Tarikh : 8 Oktober 2011
Tempat : Universiti Teknologi Petronas, Tronoh, Perak

Berlangsung di Universiti Teknologi Petronas, Tronoh, Perak yang melibatkan 400 ++ orang rider keseluruhannya dengan jarak 44km........

PENGAMBILAN GOODIES : bermula dengan pengambilan goodies pada 7 Oktober 2011 Jumaat Jam 4ptg-9mlm...mengikut pemerhatian aku, pengagihan goodies disini agak sedikit kelam kabut..tidak teratur...

Goodies : ini jer yang dapat....


seramai lebih kurang 400 orang yang mengambil bahagian pada kali ini..tepat jam 7.45pagi dilepaskan di Dewan Besar UTP..

sebelum bermula

dari kiri : mal, mat nor, apis dan aku...

TREK : permulaan Onroad sejauh 11km dan kemudiannya memasuki Offroad..ini lah bukit yang pertama...(muntah wooo)..rasanya dulu masa Seri Iskandar MTB Exploration 2010, depa buat bukit ni CP1...lepas downhill bukit ni, treknya menyusuri ladang kelapa sawit dan single trek dalam hutan...keluar ja offroad..4km ke garisan penamat akan melalui jalanraya di Bandar U seri iskandar..

selamat tiba di garisan penamat tepat jam 9.55pagi..(kayuh 2jam 10min)..kecewa dengan prestasi diri aku pada kali ini...merundum teruk...ini lah akibat tak menjalani latihan intensif..

* harap maaf, tiada gambar di trek dan semasa kayuhan...tak sempat ambil...

cendol terbaik ...hidangan istimewa sebelum makan tengahari

otai kaki besi ni pasti ada di mana2 jamboree..semangatnya kuat..

perbincangan strategi next jamboree

menunggu cabutan bertuah

hadiah cabutan bertuah..5 frame, TV Plasma 32", complete bike merida

seperti biasa no. aku tak penah bertuah....

persembangan selingan yang istimewa dari geng2 tari menari pelajar UTP...


Tahniah kepada penganjur...TERBAIK!