I made this widget at MyFlashFetish.com.

kayuhan 3 in 1 (MCT + DIRT + Solo Rider)

kayuhan pagi 29 Mei 2011 (ahad) adalah gabungan dari team MCT + DIRT + solo rider dari kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya...aku ni kira di kategori solo rider la...join ja buat muka tak malu...janji dapat kayuh ramai2 sambil mengeratkan hubungan silaturahim...geng2 MCT ni byk otai2 dan junior rider...jadi tak dinafikan memang sangat bertuah dapat join kayuh dengan mereka dan depa ni pun kuat2 juga serta berpengalaman luas dalam bidang mtb...

kayuhan yang telah dirancang ini bersama geng2 DIRT pada mulanya ingatkan dalam 5-6 orang ja yang akan kayuh..tengok2 secara kebetulan bersua pulak dengan geng2 MCT...atas gabungan yang bertenaga ini maka dapatlah mengumpul seramai 20++ rider pada pagi ini...setelah perbincangan dibuat, laluan pada pagi ini adalah meliputi kawasan kelapa sawit, tarmac dan jalanraya (taman monyet - trek kelapa sawit - bukit tangki air - teluk rubiah)

jadi inilah gambar2 yang sempat dishoot........











apis terpaksa balik awal sebab ada misi penting..aku dan rahim sempat pekena roti canai bersama rider2 yang lain....selesai jam 10.30pagi.....

'kayuh rengang otot'

Pagi Ahad 22 Mei 2011 tepat jam 7.00pagi aku tekadkan diri aku untuk kayuh sebab dah lama hampir sebulan tak menyentuh gerek aku ni...dah nak dekat berabuk dan tayar pun dah pancit...ari tu nak join kayuh "program berbasikal polis bersama masyarakat" di perak tengah pun tak dan..dah daftar tp nk wat mcmna kerja aku menjadi penghalang...bertembung tarikh...last minit ada lak program...dek kerana kekangan masa dan kerja..nak kayuh pun kena curi2 masa la...pagi ni aku hanya kayuh dalam 20km saja sebab ada kerja lain lak pas tu...gian punya pasal...kayuh tetap kayuh...nak kena cari fitness untuk Ipoh Jamboree nanti....apa pun ingin aku nasihatkan kepada semua rakan2 tak kira di mana jua anda berada...walaupun sesibuk mana kita...jangan biarkan gerek kita menjadi tempat sidai baju di rumah....
renung2..fikir2kan lah..

DARULAMAN DOWNHILL CHALLENGE 2011

AYUH TUNJUKKAN KEBERANIAN DAN KEMAHIRAN ANDA!

KBSTEAM menyokong penuh penganjuran ini..

"thumb up" kpd pihak yang terlibat dalam usaha mewujudkan Darulaman Bike Park dan akan menganjurkan event sebegini..walaupun "mazhab"nya berbeza tetapi ia tetap menggunakan sebuah jentera yg tidak bernyawa iaitu 'gerek'......

"satu lagi kejohanan bertaraf antarabangsa"

adakah anda hebat dan kuat?
kalau YA - masuk la 5 Day Stage Race
kalau TIDAK - masuk MTB Jamboree Ride pun dah ok
Janji kita sama-sama merasai kemeriahan kejohanan ini dan menyokong penganjuran yang bakal diadakan nanti...

untuk maklumat lanjut sila klik di paparan gambar di atas.

XPLORASI AGRO BIKE 2011

untuk maklumat lanjut sila klik di paparan gambar diatas