I made this widget at MyFlashFetish.com.

pusing-pusing pangkor

Tarikh : 20 Januari 2011 ( Thaipusam )
Destinasi : Pulau Pangkor
Jarak Kayuhan : 16km x 2 round
Jumlah Rider : 17 orang

Sempena perayaan Thaipusam, aku di ajak oleh geng2 NAVY Lumut (Mat Nor yang SMS aku)untuk kayuh pusing-pusing pangkor...mula2 liat juga nak kayuh, tetapi memandangkan ramai yang akan join so aku merelakan tubuh aku untuk kayuh bersama...lagipun ini lah peluang aku untuk mengenali dengan lebih ramai geng2 MTB terutamanya geng2 NAVY...seramai 17 orang yang melibatkan diri kayuh di pangkor kali ini...semuanya sempoi2 belaka...
Walaupun jarak pusing pangkor cuma 16km tetapi penangan bukitnya amat menusuk kedalam jiwa...sesuai la untuk menguji dan memantapkan kecergasan anda...1 lap lebih kurang 50min untuk yang beginner..kalau yang kuat silap2 30min dah setel 1 lap...pada hari kejadian kami buat 2 Lap sahaja....Kayuhan akan menyusuri jalan-jalan di persisir pantai yang menarik dan meredah bukit-bukit yang pemandangannya sangat indah...Antara pantai-pantai yang popular d Pulau Pangkor ni adalah Pantai Pasir Bogak dan Teluk Nipah....

Tambang Feri RM10.00 + charge sebiji beskal RM4.00 (Pergi-Balik)
Perjalanan feri Lumut - Pangkor mengambil masa lebih kurang 30min..

Di Jeti Lumut Jam 8.00 pagi..Masih lengang..ingat ka ramai time2 cuti mcm ni..

posing sebentar..

First Lap..Kayuh santai..masih dlm peloton

peloton mula berpecah di pendakian pertama..


regroup semula..

pendakian kedua yang amat mencabar...
keadaan persekitaran dan struktur jalan seperti ala-ala Gunung Jerai..



Jam 11.30pagi ...dah nak balik
Pengunjung mula berpusu-pusu sampai di jeti Pangkor

Tuan Zul (Scott) dan Tuan Jeff (Media Prima)


Dah sampai di Jeti lumut...
Kenalan-kenalan baru yang sempoi..