Tempat : Plaza De' Mara, Sitiawan
Program Kayuhan Yellow Ride adalah untuk mempromosikan Le Tour De' Langkawi 2011 yang bakal diadakan tidak lama lagi. Kayuhan sejauh 10km bagi kategori terbuka dan 5km bagi kategori VIP. Bukan perlumbaan tetapi kayuhan ini tidak berasaskan kepada kemenangan. Kayuhan ini dirasmikan dan dilepaskan oleh , Datuk Zainol Fadzi Paharudin, Exco Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Perak. Le Tour De' Langkawi akan berlangsung dari 23 Januari hingga 1 Februari 2011 dan 3 lokasi di Negeri Perak turut menjadi persinggahannya.
3 Lokasi yang akan dilalui adalah pada 25 Januari 2011 dari Taiping ke Sitiawan sejauh 144.9 km...26 Januari 2011 dari Ayer Tawar ke Cameron Highlands sejauh 137.6km dan pada 27 Januari 2011 dari Tapah ke Genting Highlands sejauh 124.3km....
untuk maklumat lanjut tentang Le Tour De' Langkawi 2011 sila klik di sini LTDL
untuk maklumat lanjut tentang Le Tour De' Langkawi 2011 sila klik di sini LTDL
Ini merupakan kayuhan pertama aku pada tahun 2011..kayuhan santai ini dapat la sedikit sebanyak memantapkan kecergasan dan stamina aku untuk hari2 mendatang...
Promosi Kayuhan Kuale 2011 pun sedang giat dijalankan..
Antara gambar2 yang sempat di tangkap...