I made this widget at MyFlashFetish.com.

suka duka 2010

kini 2010 telah melabuhkan tirainya...segala pahit manis suka duka telah aku tempuhi dengan penuh "kesedapan dan kelazatan"...dunia mtb semakin sebati dlm hidupku...segala pengalaman dan kenangan yang aku perolehi,aku sematkan dalam hatiku....tetapi apa pun pengalaman aku masih belum mencukupi berbanding sahabat2 mtb yang lain...banyak lg yang aku perlu pelajari dan tempuhi....sahabat2 yang tidak mengira bangsa agama usia tua muda kecik besar yang aku kenali sepanjang tahun 2010 tidak akan aku lupakan...semoga persahabatan kita berkekalan....



Ini adalah beberapa cabaran jamboree dan kayuhan yang aku sertai sepanjang 2010....



Seri Iskandar MTB Exploration 2010
21 Februari 2010
Seri Iskandar, Perak



Trek : menarik tetapi sedikit menyeksakan
Penganjuran : amat memuaskan (7/10)

tibanya aku di garisan penamat tepat jam 12.15 tghri


Ride Up North RUN10
14 Mac 2010
Politeknik Syed Sirajuddin, Perlis

Trek : memang lazat di layan
Penganjuran : amat memuaskan (8/10)
kbs team



Kayuhan Terang Malam 2010
1 Mei 2010
Kulim Hi-Tech, Kedah


Trek : berselut..nikmat kayuhan kurang..kira ok
Penganjuran : amat memuaskan..meriah! (7/10)

zam, fezal dan aku berjaya menamatkan kayuhan...


Kayuhan Jelapang Padi 2010
22 Mei 2010
Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah

Trek dan Penganjuran : x boleh nk komen sbb aku adalah salah seorang daripada ahli jawatankuasa penganjur..."anda yang sertai, andalah menilainya" kami telah buat yang terbaik utk semua rider..salah silap terlebih terkurang harap di maafkan..
shot by adiharriman

semasa proses pencarian dan penilaian trek (laluan utk KJP2010)

bersama penganjur Kayuhan Kuale 2010

RM3,000 di sumbangkan ke Yayasan Sultanah Bahiyah

Thompson Trial
17 Julai 2010
Habu, Cameron Highlands
Trek : memang layan...santai..
Penganjuran : ala kadar tapi memuaskan (7/10)


bersama abg ron, pudin TTG dan zam



Nibong Tebal MountainBike Adventure Darjah 2
1 Ogos 2010
USM Trans Kerian, Nibong Tebal.
Trek : memang best..DH yang terbaik..
Penganjuran : terbaik...amat memuaskan (9/10)

zam, aku, fezal dan ramli mewakili kbsteam


Kuala Kangsar MTB Jamboree 2010
31 Oktober 2010
Pekan Kuala Kangsar, Perak
Trek : laluan yang agak mencabar...
Penganjuran : amat memuaskan (8/10)



Kayuhan Bersama President
18 November 2010
Sungai Petani - Lembah Bujang
disebalik kayuhan ini tercetus pelbagai kenangan dan idea bagi merancang aktiviti seterusnya...bersama rohairry (president kbsteam seumur hidup)


Peace Ride Jamboree 2010
28 November 2010
Gua Tempurung, Gopeng, Perak


Trek : DH mmg syok tetapi UpHill amat menyeksa dan mengecewakan..
Penganjuran : simple tetapi memuaskan (7/10)

kenalan baru dari malim nawar



KOMEN DAN PENDAPAT DIATAS ADALAH IKHLAS DARI DIRIKU..IA BERSIFAT PERIBADI DAN TERBUKA...TIADA NIAT UTK MENJATUHKAN DAN MENGAIBKAN SESIAPA YANG TERLIBAT..BAGI DIRIKU SEMUA PENGANJURAN JAMBOREE YANG AKU SERTAI ADALAH YANG TERBAIK SEPANJANG 2010...AKU MEMOHON MAAF JIKA ADA SALAH DAN SILAP YANG MEMBUATKAN ANDA TERSINGGUNG...
SEMOGA JUMPA LAGI DI JAMBOREE 2011...