I made this widget at MyFlashFetish.com.

"hujan membasahi keringat"

Kayuhan Santai

Tarikh : 23 September 2010 (khamis)
Masa : 5.00 petang
Laluan : Gunung Keriang (laluan KJP2010)

Setelah sekian lama tidak kayuh bersama...usaha utk mengaktifkan semula pengayuh2 ketegar kbsteam kini mendapat respon yg memberangsangkan...kerana dek kekangan masa dan kerja, ada juga yg sanggup melihat beskalnya ditutupi sawang di rumah sehingga berbulan2...kini telah giat kembali ke landasan mtb yg sebenar...xtvt kayuhan santai telah digiatkan dan akan menodai trail yg pernah diratah dahulu....kali ini cuma 4 org rider sahaja yg terlibat...yg lain masih ada misi penting..x pa mggu depan bole join...laluan kali ini adalah cubaan utk mengimbas kembali laluan kayuhan jelapang padi yang berjaya pernah diadakan dulu...atas kekuasaan Allah s.w.t malangnya hujan turun dengan lebatnya tanpa memberi sedikit ruang utk kami terus mengayuh...hanya separuh jalan sahaja berjaya dinodai...lepas tuh patah balik....cuma lebih kurang 25km saja dapat direkodkan utk kayuhan kali ini....

dari kiri: jamadi, alan, (4 org dr kumpulan sorak PBSD K.Setar), zam dan ramli

masih ketegar depa ni.. never ride alone...
segak bergaya ramli dan jamadi membiarkan bodi mereka dilitupi jersi kbs team

awan mendung menanti di hadapan...petanda hari nak hujan..

tempat berteduh ketika hujan....

menanti hujan renyai, lepak sebentar pekena mai secawan....

hujan lebat sehingga jam 7.30mlm...menyedari tiada seorang pun yg membawa lampu belakang dan depan...apalagi redah saja hujan apabila malam gelap tiba....

alhamdulillah semuanya selamat sampai ke destinasi masing2...




BASIKAL UNTUK DIJUAL


Ada sesiapa yang berminat mahu membeli MTB POLYGON Collosus 2.0 Fullshaft---harga RM3400 leh nego---pembelian disertakan dengan riding light(front/rear),riding wireless meter,helmet,pouch,daaaaannn----cycle rack for car(mobile)yg lekat belakang.Dan banyak lagi ciri2 yg bes---sebab nak jual---UPGRADING to GIANT


sesiapa yang berminat boleh hubungi bercakap dengan
RIZAL 013-2302305

KEDAH JAMBOREE 2010 "dibatalkan"

sebenarnya mmg berat utk membuat keputusan ini...tp demi kearah kebaikan semua pihak dan menjaga kepuasan hati semua rider, kami terpaksa utk membatalkan penganjuran kedah jamboree 2010 pada edisi kali ini...seperti mana di blog kwn2 seperjuangan PUDIN TTG, REDFLAG, dan ADIHARRIMAN telah jelas menerang maksudnya iaitu kami tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak dan ingin menjaga kepentingan semua rider-rider...mungkin juga ada hikmah disebalik pembatalan ini....

Jangan risau wang pendaftaran anda akan dikembalikan semula...utk details sila layari laman web KEDAH JAMBOREE 2010.

mana2 rakan mtb yang kecewa dengan berita ini dan betol2 berhasrat untuk kayuh.. x pa Insyallah kita bertemu di lain edisi.....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


kami kbsteam ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua pengunjung blog ini khususnya rider2 yang beragama Islam....

kot-kot ada salah silap terkasar bahasa terlebih melawak ketika kayuh bersama di jamboree atau di mana saja yang sewaktu dengannya,
kami menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf......