I made this widget at MyFlashFetish.com.

Mari meredah banjir - Malaysian Gold Jamboree 2011

Ahad , 27 Mac 2011 di Bukit Merah LakeTown Resort telah berlangsungnya Mountainbike Challenge yang diberi nama Malaysian Gold Jamboree 2011. Dianjurkan oleh Kelab Biro Sukan Pemuda UMNO dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan telah mencipta rekod di Malaysia Book Of Record kerana penyertaannya yang melampau2 seramai lebih kurang 2600 orang. Dilepaskan tepat Jam 7.40 pagi oleh Y.B Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda BN).

LALUAN kali ini boleh dikatakan mendatar, tiada 'uphill' atau 'downhill' di kawasan offroad..cuma terdapat satu bukit 'cramp' saja menanti para peserta di akhir garisan..sebelum nak mencecah garisan penamat kena rabat dulu bukit di pintu masuk ke Bukit Merah...kira laluan kali ini memang sesuai utk beginner rider...kali ini yang menjadi cabaran para peserta adalah terpaksa mengharungi laluan berlumpur/berbecak/berselut dan juga berair...terdapat sebahagian laluan telah dinaiki air akibat banjir..pihak penganjur tidak mengubah laluan lain maka semua rider terpaksa mengharungi banjir setinggi paras paha...tapi ini lah dikatakan kelainan..kalau tak dak banjir maka tak merasa la kita tolak beskal....memang syok...syabas!

KAWALAN para peserta oleh pihak penganjur semasa di garisan permulaan amat mendukacitakan...ramai yang kurang berpuashati termasuklah aku...ramai peserta mengambil kesempatan diatas kelonggaran kawalan oleh pihak penganjur...sepatutnya pihak penganjur perlu mencari tempat yang lebih luas dan mengadakan kawalan yang ketat semasa permulaan memandangkan penyertaannya telah memecah rekod...ramai peserta berlaku tidak adil dan tidak sporting kerana terdapat ramai peserta yang lewat tiba telah menunggu di hadapan (bukan di tempat permulaan)..bunyi saja hon....tuu dia ramai rider dari celah2 pokok dan celah2 kereta keluar...ohh sungguh tidak adil kepada peserta yg datang awal...sepatutnya peserta2 perlulah bersikap adil dan sporting.."mai lambat dok belakang"...harap tak jadi lagi di Jamboree yang akan datang....

Wajah-wajah di garisan permulaan.........








Antara laluan-laluan banjir...




merentasi titi yang ditutupi air...kiri dan kanan adalah anak sungai...(ada berita mengatakan terdapat 3 peserta terjatuh kedalam sungai berkenaan dan telah diselamatkan oleh peserta-peserta yang berada di situ)


Laluan asal disebelah kanan...laluan kiri adalah jalan alternatif...

pilih yang mana 1 ?..Tolak atau Tanggung...

KBSTEAM kali ini telah menghantar seramai 6 orang pengayuh ketegar...alhamdulillah semua selamat sampai..kenalah dengan tema 'Kayuh Bagi Sampai'.....semua dapat Bronze medal...



memperjudikan nasib.....

hanya no.2048 sahaja yang bertuah...
tahniah anda mendapat 'meter cateye' dan 'pump beskal'

SECARA KESELURUHAN Jamboree ini memang dianggap yang terbaik...KBSTEAM memang berpuashati dengan penganjuran anda..TAHNIAH kepada pihak penganjur...mana2 kritikan atau komen yang dilemparkan jadikanlah iktibar dan penanda aras utk penganjuran yang akan datang...'KITA HANYA MERANCANG ALLAH YANG MENENTUKAN'............


semangat baru "kayuhan kembali ke pangkal jalan"

Tarikh : 24 Mac 2011 (Khamis)
Masa : 5.00ptg
Tempat Berkumpul : Darulaman Suites Jitra
Tema kayuhan : "Kayuhan kembali ke pangkal jalan"

Rider yg Bersemangat : 9 Orang ( dr.kiri : Megat, Wahizan, Syam, Plang, Zam, Ikmal, Ramli, Rizal dan Aimran 'tiada dalam gambar' )

kayuhan kali ini adalah kesinambungan wajah-wajah lama dan wajah-wajah baru kbsteam dalam dunia mtb....5 orang wajah-wajah lama adalah zam, megat, plang, ramli dan wahizan...sebenarnya mereka sudah lama tidak beraksi dalam kayuhan..berehat panjang akibat kekangan masa dan ada juga yg hampir 'gantung gerek'....setelah mendapat mimpi yang 'basah-basah', secara tiba-tiba mereka kembali gairah utk kayuh semula..mendapat suntikan baru dan semangat baru utk beraksi semula dalam kayuhan..

Sebenarnya mereka adalah sahabat-sahabat aku semasa aku berkhidmat di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah...Kami sama-sama mengaktifkan dan mewujudkan KBS TEAM "Kayuh Bagi Sampai"..Pada 22/5/2010 yang lalu, kami juga sama-sama menganjurkan "KAYUHAN JELAPANG PADI -KJP2011"..banyak kayuhan dan kenangan semasa kayuhan bersama dulu..tapi setelah ada segelintir ahli yang telah berhijrah ke negeri lain termasuk aku (di Perak sekarang) jadi aktiviti kayuhan kbsteam tergendala sebentar...

Kini dengan gabungan tenaga baru dan lama..geng2 kbsteam di Alor Setar kembali aktif..alhamdulillah kbsteam bakal berkembang ke seluruh negeri walaupun ahli-ahlinya tidak berada di satu tempat yg sama...bertemu hanya di Jamboree..itulah kelebihan Jamboree, dapat bertemu dengan rakan-rakan baru dan lama demi mengeratkan silaturahim sesama insan.....

Aktiviti Kayuhan Tetap kbsteam adalah setiap hari khamis Jam 5.00ptg tempat berkumpul sentiasa berubah...lain-lain kayuhan akan diatur dari masa ke semasa...kot-kot sapa nk join boleh la Contact Zam....Gambar-gambar ini di hantar oleh saudara ramli melalui MMS kepada aku kelmarin....

terjah Darulaman Bike Park

bersiap sedia nak ragaih

berehat sebentar di Tangki Air Taman Tunku Sarina

gabungan 9 rider
..semoga dapat "racun" ramai lagi rider muka2 baru...



6 RIDER KBSTEAM BAKAL BERAKSI DI BUKIT MERAH JAMBOREE 2011
(alan, zam, megat, plang, rohairry dan faizal )

JUMPA KAMI DI SANA!

Kejohanan Mountainbike 1 Belia 1 Malaysia

siapa yang berminat boleh klik di sini......1 BELIA 1 MALAYSIA

Jamboree Teluk Batik 2011

PART 2 - OFFROAD BUKIT


water station - suntonic

no.1 - 8.15 pagi

No.2 - 8.16 pagi

no.3, 4, 5 - 8.20 pagi