I made this widget at MyFlashFetish.com.

pencarian trek..KJ2010 "berbukit-bukit"

Tarikh : 18 Jun 2010 (Jumaat)
Jam : 7.30 pagi

Tempat permulaan : Taman Tasek Darul Aman, Jitra

Jarak : 35km++


Satu lagi usaha dan niat baru bakal terlaksana nanti...Seramai 10 orang rider yang tegar telah melibatkan diri dlm pencarian trek baru untuk merealisasikan impian dan atas permintaan ramai merelakan diri kayuh di Kedah Jamboree 2010 pada 13 november 2010 nanti... Rider2 dari alor setar dan jitra telah bergabung tenaga untuk sama2 menunaikan hasrat murni ini antaranya saudara Pudin TTG, Nasrul (Lontruth), comelfz , adiharriman, senu , alias d'pallas, alan kbs dan 3 orang rider dari banana island mtb - ustaz raja, cikgu jas dan sorang lagi x igt nama la...sori noo!...penampilan secara tiba2 muncul dari dalam hutan iaitu kapten jamal bersama motocrossnya turut membantu untuk menerjah trek yang dilalui...terjahan lebih 5 bukit yang ganaz amat memeritkan dan mencipta satu pengalaman baru kepada sesiapa yang belum mencubanya...tayar bergolek jam 7.30 pagi dan tamat hampir jam 12.30 tghr, bak kata blog gerek baru "5 jam 5 bukit"...nasib baik nak ligan sembahyang jumaat, kalo x..mau x mau smp ptg baru abis...ada sedikit gmbr di bawah yang sempat di snap utk tatapan anda semua....


taklimat ringkas dari trek master pudin TTG dan Nasrul tentang laluan yang bakal dilalui..

bacaan doa oleh ustaz raja..(muka comelfz pun dok gebu lagi sbb baru bgn tidoq)

permulaan offroad cp3...

bersiap sedia nak ragaih bukit depan tuh...

nasrul : potong stim betoi..dok syok ragaih tgk2 terpaksa lak jwb panggilan misteri

sekalung budi dan trima kasih diucapkan kepada saudara nasrul ni sbb dia membenarkan aku try "all mountain baby" dia..mula2 risau gak nk try gerek mahal2 ni..tapi "pucuk dicita ulam mendatang"..blasah ja..rasa downhill...fuhh! mmg x salah ayat2nya..mmg sedarp!....

ustaz king...seluruh tenaga di kerah akhirnya terpaksa tolak juga...simpan tenaga utk bukit seterusnya...

antara cabaran yang terpaksa ditempuhi..kat sini dah jem sbb pokok tumbang menghalang lalui asal..kayuh celah2 akar...

brader yang angkat gerek tuh katanya 1st time masuk offroad dan baru sebulan menceburi bidang mtb ni...hrp x serik lah noo...
merakam detik2 manis terpaksa angkat gerek lalu celah2 akar..

haaa ni otai kita...saudara pudin TTG..kelihatan tenang merepuh belukar...

antara 9 rider yang berehat dan tengah berkongsi ilmu dan pengalaman..

pokok tumbang...apa lagi angkat.. kalih....

apa yang penting "kerjasama"

syok n layan...trek ni mungkin bakal dipilih utk kedah jamboree..


laluan seterusnya dinamakan jati d'pallas...

aku bersama scott "lalat"..

saudara yeh d'pallas - akibat tayar bocor terpaksa tanggung gerek kesayangannya..mujur ada kapten jamal yang boleh membantu...

matahari kian terpacak diatas kepala...kelibat ninja worrior mula kelihatan...







saat ini aku terasa sesuatu yang tidak kena pada perut ku...
gmbr ini dicedok dari fb ustaz raja "banana island mtb" dan di edit...trima kasih ustaz..









kayuhan tamat pada jam 12.30 tghr..balik sembahyang jumaat..
2 b continue 4 next episode....