I made this widget at MyFlashFetish.com.

apa dah jadi dengan RUN10?

PERLIS MOUNTAINBIKE JAMBOREE 2010
RIDE UP NORTH - RUN10
Tarikh: 14 Mac 2010 (ahad)
Venue : Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Ulu Pauh
Time :07:30 am (Flag Off)
Jumlah Rider : hampir 1500 peserta (fuuyoo ramainya)
Rider KBS Team : 9 orang ( sorang x dapat join sbb kna kerja)

RUN10 telah melabuhkan tirai..saat yang dinanti oleh semua penggiat MTB telah pun berlalu..apa yang dah jadi dengan RUN10?..sebenarnya x da apa yang berlaku pun, cuma tajuk ja kasi gempak.. RUN10 telah berjaya dianjurkan..malah mendapat puji-pujian dari semua mulut2 para rider...kira 95% sukses la...syabas kepada penganjur "Perlis MTB Club" dan semua yang terlibat..tiada perkara buruk yang berlaku pada penganjuran RUN10 tetapi banyak perkara buruk yang tidak diingini berlaku kepada segelintir rider...mcm-mcm ada..yang jatuh bukit ada, yang kejang ada, yang patah tangan ada, aksi beskal naik tgh belakang ada gak, yang jatuh menyembah bumi pun ramai..aduhai..xpa tuh semua dugaan dan cabaran..kna la rasa pahit dlu pastu bru la rasa manisnya...
Tepat jam 7.30pagi semua rider dilepaskan oleh D.Y.T.M Raja Muda Perlis(SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL)...penganjuran yang boleh diklasifikasikan adalah yang terbaik kerana semua janji telah dikotakan...diharap penganjuran ini dapat menjadi pendorong kepada semua penganjur-penganjur Jamboree yang akan datang..akan buat lebih baik dan lebih baik lagi....

dari KBS Team..kami berbesar hati mengucapkan sekalung Tahniah kepada Pihak Penganjur yang menjayakan RUN10....

lawa jersi yang depa buat..

RUN10 vs KAWAT09

permulaan onroad..semua pakat tekan smp mencecah 40km/j++

Check point buah pisang

ni yang best..dapat tolak beskal beramai-ramai..

setiap check point pasti ada gadis2 yang menunggu..senyuman dan kata-kata semangat dapat meningkatkan gairah utk terus mengayuh..

tiba-tiba terdengar suara memanggil.."alan mai lepak amik gambar dlu"..
rupanya saudara pudin TTG kat belakang tu..

downhill yg ganas menyebabkan seorang rider terlentang di situ..

sampai ja kat sini..ramai yang menjerit.."taiping..taiping"
seteruk mana penganjuran taiping, tetap menjadi ingatan para rider..kira bagus la tuh..

bukit x da rambut...
ni la bukit botak yang dikatakan memberi ujian fizikal dan mental kepada semua rider..

syok main menyelit-nyelit di celah-celah pokok getah

ni dia enjin2 kuat dari KBS Team...
fezal - rohairry - zamzuri
antara rider terawal smp dikalangan geng2 KBS
dh smp baru nk mkn power bar..
td dok ralit kayuh x dan nk mkn...

walaupun x berjaya bwa balik hadiah cabutan bertuah..
saudara rohairry sempat gak bawa balik kenangan yang terindah dari RUN10..

dari kiri: nizam (JBS Kelantan), wan baling, fezal, megat, plang, alan, zam, ramli, rohairry
tahniah kepada semua rider KBS Team kerana berjaya meratah semua check point
kepada yang dapat medal...teruskan usaha...good job bro..
kepada yang x dpt medal..relax jgn putus asa...kuatkan semangat..tingkatkan usaha..
kepada yang menyembah bumi..ni merupakan asam garam dlm kayuhan..jgn lupa bli ubat..
apa pun rintangan yang bakal kita hadapi...jgn ada alasan utk kita tidak kayuh..
kayuh tetap kayuh..janji..kayuh bagi sampai...

semoga kita berjumpa lagi..SYABAS RUN 10

* wahai geng2 KBS, sori la kalo gmbr hang pa ada yang x da dlm nih..aksi2 semasa kayuh dlm track..sbbnya mungkin hangpa laju sgt di depan dan lambat sgt di belakang..kot2 hangpa ada pic2 yang menarik spnjang aksi kita d RUN10..so nnt aku kutip2 n upload..