I made this widget at MyFlashFetish.com.

dah daftar....


Jamboree pertama untuk 2012 yang bakal disertai oleh aku dan zam dari kbsteam..

JUMPA DISANA!

Memperingati kenangan "Cameron Highlands"

Kali ini aku berpeluang kayuh di cameron highlands sempena aku berkursus selama 3 hari disana bermula 29 - 31 Januari 2012...aku sempat jugak curi2 masa utk kayuh...walaupun tak jauh tapi cukup utk menguji stamina dan tahap kecergasan aku naik turun bukit..aku ronda2 sekitar brinchang - tanah rata...jadilah sekadar utk isi masa terluang...kayuh sorang tak dak geng...jadinya layan kepala sendiri la...sebenarnya ini kali kedua aku kayuh di cameron highlands...kali pertama dulu aku join Thompson Trial 2010..

Tak banyak gambar yang aku snap sbb hujan renyai2 pada waktu ini...gambar ini aku snap di jalan masuk menuju ke kem slim...niat aku snap disini sebenarnya sempena memperingati kenangan pahit manis aku ketika pernah berkursus disini pada tahun 2008 dulu dibawah Kor Risik Diraja (KRD) Tentera Darat...walaupun hanya seminggu tapi perghhh azabnya..memang marvelous lah...dah macam nak jadi soljar la pulak.....

sekian dulu...takdak idea nk cerita panjang..

kayuh pelan-pelan

Tarikh : 17 Disember 2011(Sabtu)
Jam : 7.00pagi

Sabtu lalu aku buat kayuhan solo dari ayer tawar ke lumut..jarak kayuhan PB lebih kurang 40km++....sebenarnya lepas event kayuhan kuale terus aku tak kayuh..dah hampir 1 1/2 bulan tak kayuh..mood pun dah hilang..selera nak kayuh juga kurang akibat kekecewaan aku tak dapat nak join kayuh lasak 2011...frust menungging...nak buat macam mana 'last menet' ada pulak kursus perlu aku hadiri...kerja...kerja...kerja...terpaksa aku dahului...lagi pun disini kurangnya 'sparing partner' utk aku join kayuh...nak kayuh sorang2..paham2 ja la...moodnya lain macam sikit...hati kena cekal baru boleh menghayunkan pedal dan menggolekkan tayar beskal aku...

Hari ini aku sorang diri cekalkan hati untuk kayuh semula demi untuk mencari semula tahap kecergasan aku yang kian hilang...pelan2 kayuh...rabat salah sebuah bukit yang agak femes di lumut...aku pun tak ingat apa nama bukit ni..dikawasan perumahan....boleh 1 lap naik atas...perghhhh!! ternyata prestasi aku amat mengecewakan...macam orang baru belajar kayuh...nak termuntah..nak pengsan semua ada....sampai ja diatas aku rehat lama disitu...amik gambar 2 3 keping...pastu terus cau balik kayuh pelan2.....kayuhan hari ini amat memenatkan...

terpaksa senyum

jentera tungganganku