I made this widget at MyFlashFetish.com.

suka duka 2010

kini 2010 telah melabuhkan tirainya...segala pahit manis suka duka telah aku tempuhi dengan penuh "kesedapan dan kelazatan"...dunia mtb semakin sebati dlm hidupku...segala pengalaman dan kenangan yang aku perolehi,aku sematkan dalam hatiku....tetapi apa pun pengalaman aku masih belum mencukupi berbanding sahabat2 mtb yang lain...banyak lg yang aku perlu pelajari dan tempuhi....sahabat2 yang tidak mengira bangsa agama usia tua muda kecik besar yang aku kenali sepanjang tahun 2010 tidak akan aku lupakan...semoga persahabatan kita berkekalan....



Ini adalah beberapa cabaran jamboree dan kayuhan yang aku sertai sepanjang 2010....



Seri Iskandar MTB Exploration 2010
21 Februari 2010
Seri Iskandar, Perak



Trek : menarik tetapi sedikit menyeksakan
Penganjuran : amat memuaskan (7/10)

tibanya aku di garisan penamat tepat jam 12.15 tghri


Ride Up North RUN10
14 Mac 2010
Politeknik Syed Sirajuddin, Perlis

Trek : memang lazat di layan
Penganjuran : amat memuaskan (8/10)
kbs team



Kayuhan Terang Malam 2010
1 Mei 2010
Kulim Hi-Tech, Kedah


Trek : berselut..nikmat kayuhan kurang..kira ok
Penganjuran : amat memuaskan..meriah! (7/10)

zam, fezal dan aku berjaya menamatkan kayuhan...


Kayuhan Jelapang Padi 2010
22 Mei 2010
Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah

Trek dan Penganjuran : x boleh nk komen sbb aku adalah salah seorang daripada ahli jawatankuasa penganjur..."anda yang sertai, andalah menilainya" kami telah buat yang terbaik utk semua rider..salah silap terlebih terkurang harap di maafkan..
shot by adiharriman

semasa proses pencarian dan penilaian trek (laluan utk KJP2010)

bersama penganjur Kayuhan Kuale 2010

RM3,000 di sumbangkan ke Yayasan Sultanah Bahiyah

Thompson Trial
17 Julai 2010
Habu, Cameron Highlands
Trek : memang layan...santai..
Penganjuran : ala kadar tapi memuaskan (7/10)


bersama abg ron, pudin TTG dan zam



Nibong Tebal MountainBike Adventure Darjah 2
1 Ogos 2010
USM Trans Kerian, Nibong Tebal.
Trek : memang best..DH yang terbaik..
Penganjuran : terbaik...amat memuaskan (9/10)

zam, aku, fezal dan ramli mewakili kbsteam


Kuala Kangsar MTB Jamboree 2010
31 Oktober 2010
Pekan Kuala Kangsar, Perak
Trek : laluan yang agak mencabar...
Penganjuran : amat memuaskan (8/10)



Kayuhan Bersama President
18 November 2010
Sungai Petani - Lembah Bujang
disebalik kayuhan ini tercetus pelbagai kenangan dan idea bagi merancang aktiviti seterusnya...bersama rohairry (president kbsteam seumur hidup)


Peace Ride Jamboree 2010
28 November 2010
Gua Tempurung, Gopeng, Perak


Trek : DH mmg syok tetapi UpHill amat menyeksa dan mengecewakan..
Penganjuran : simple tetapi memuaskan (7/10)

kenalan baru dari malim nawar



KOMEN DAN PENDAPAT DIATAS ADALAH IKHLAS DARI DIRIKU..IA BERSIFAT PERIBADI DAN TERBUKA...TIADA NIAT UTK MENJATUHKAN DAN MENGAIBKAN SESIAPA YANG TERLIBAT..BAGI DIRIKU SEMUA PENGANJURAN JAMBOREE YANG AKU SERTAI ADALAH YANG TERBAIK SEPANJANG 2010...AKU MEMOHON MAAF JIKA ADA SALAH DAN SILAP YANG MEMBUATKAN ANDA TERSINGGUNG...
SEMOGA JUMPA LAGI DI JAMBOREE 2011...


GOPENG JAMBOREE "peace ke?"

Tarikh : 28 November 2010 (ahad)
Tempat : Gua Tempurung, Gopeng, Perak

Jamboree kali ini julung2 kalinya di anjurkan oleh Radak Adventure Consultant di Gua Tempurung, Perak. Pada mulanya aku setiap hari dok belek2 blog2 depa ni iskk mcm x ramai ja yang masuk...kebetulan tempat ni dekat dengan tempat baru aku..jadi kenapa tidak aku join sahaja kayuh kali ini...terus register la tanpa membuang masa..maka aku mewakili kbsteam la kali ni...sorang ja...sekali sekala nak try juga trek gua tempurung ni...rupa-rupanya hampir 400 rider juga yang masuk..tp rasanya hanya rider sekitar negeri perak ja kot...meriah juga la...ok tuan2 dan puan2 boleh la layan gmbr di bawah ni..jap lagi aku review ttg jamboree gopeng yang dikatakan peace...
sebelum kayuh.....
didalam goodies bag ini lah barangan yang di sponsor oleh pihak penganjur kecuali KFC tuh (KFC tuh aku beli sendiri la) bab goodies kira berbaloi la bayar rm50, cuma x dpt jersi..jersi dah byk x dpt pun xpa...dpt t-shirt kainnya pun berkualiti tinggi...mmg nice la!...pembahagian goodies kira ok la..x la kelam kabut sgt..good job!

ini adalah tempat pembahagian goodies bag dan pentas utama..

rupanya geng2 pihak penganjur ramai yang berkhemah disini..kelihatan byk khemah di sekitar kawasan ini...memang pihak penganjur ada menyarankan kepada mana2 rider yang jauh, boleh berkhemah disini..tempat disediakan tp khemah bwa sendiri..

tempat flag off..selalunya jamboree sebelum2 ni..starting d road..tp kali ni starting terus lalu offroad melalui jalan berpasir tepi lombong2..dalam 4 km kayuh, baru la masuk road 6km then terus masuk offroad bukit2...

sampai ja pg tuh aku terus amik goodies bag n no.plate..tgk2 alamak no.234..cun tuh! harap2 bertuah la aku kali ni..

laju sungguh mamat belakang tuh..x sempat nak snap..
aku keseorangan kali ini...tiada member dari kbsteam..aku berjuang utk depa..

kali ni aku tgk ramai geng2 phusarp..dlm kepala otak aku mesti byk downhill yang menarik bakal dihidangkan..best ni aku pun suka..aku redah ngn hardtail aku ja...

tiba2 aku ternampak seorang jejaka yang aku kenali..ya sudah pasti cikgu fisol bersama phusarp meridanya...ada jugak rakan dari kedah..katanya rumah mertuanya hanya 1km ja dari tempat pelepasan..sbelum kayuh dia pun dh review kat aku serba sedikit trek yg akan d lalui..


menanti saat pelepasan...

kameraman kamerawoman pun dah kalot mengambil gmbr time ni..utk makluman brader yg pakai baju P2K ni dapat no.2..no.1 budak remaja lagi..rasanya rider perak kot..time flag off aku dok line kedua..dah la lama aku x kayuh offroad..fitness pun kurang..otot2 pun kendur..so biar aku dok depan siap2..sprint then bila dah masuk offroad menten je la prestasi kayuhan aku..(itulah taktik aku kali ni)

flag off jam 8.00pg..agak lewat la jugak..igt ka ada VIP yang hadir utk pelepasan..tgk2 geng2 pihak pengnjur juga yang tolong lepaskan..lebih baik lepas awai2 td...
semasa kayuhan.........

trek kali ni x berapa nk peace la...bukitnya tinggi2 smp x leh nk kayuh..bkn faktor aku x larat atau x kuat..tp bukitnya berbatu2 mcm trek jungle treking..mmg kebanyakkan bukit yang disediakan semua rider x leh nk kayuh..dh la licin..mmg dugaan la..tolak ja la yang boleh pun..sekali sekala kena tanggung lintas ayaq...ramai yang menyumpah...

disini lebih kurang 20km aku telah mengalami kekejangan dan sakit di bahagian "gluteal maximus muscles"..sapa yang x tau boleh la klik di situ...nk duduk atas saddle pun x boleh...ini lah akibat lama x kayuh dan punca disebabkan aku terlampau push masa sprint dan di laluan bukit pertama...aku terpaksa rest lama disini...sakit yang amat sgt...jadi ramai telah memintas aku...kalo ada marshall mmg dh lama aku minta bwa balik..aku nk surender dah..tp petugas semua x nmpk rupa...jd terpaksa la aku berjuang utk kayuh bg smpai juga...

haaa tgk kalo x percaya....dr mula smp ke puncak mcm ni ja trek dia...pehh...sakit pinggang woo..dh la mencanak bukit2 disini...aku nk rehat lama2 pun x guna..mau x mau kena gak tolak pelan2...atleast sakit aku leh recovery skit2...ada jugak aku terdengar suara2 sinis yang mengatakan.." agaknya trek diperak mmg mcm ni kot,nk bg rider mampoih..ni dah mcm taiping"...aku pun gelak tanda setuju...

tolak....tanggung....tgk lg gmbr dibawah...













gmbr diats semua kena tolak sja...aku kira2 tgk meter aku..mak oi campur tolak bahagi tmbh lebih 10km kena tolak saja....dhsyat2...

selepas puas menolak... dihidangkan downhill yang pertama yang sgt mencabar dan best di layan..skil dan keberanian perlu ada dalam diri rider semasa turun..kalo x brani maka kena tolak lagi la sambil turun...aku redah sja mengguna skill aku yang ada..syok time downhill ni potong ramai org..hahaha..smp aku pun terbabas la 2 kali...nasib baik x cedera teruk....terlampau gairah layan downhill..sori la gambar masa downhill x dan nk amik..lepas tuh baru la jupa titi besi ni utk menuju cp3..

lepas cp3...tu dia..bukit tinggi lg...yang ni mmg kena tolak..laluan licin dan mencanak...
time ni mmg mental dah down..tinggi sgt...

sejarah taiping berulang di gopeng...
mamat cina depan aku ni..mulutnya asyik dok maki ja..oh s**t...oh f**k...abih tuh mau dia x maki..asyik tolak selangkah..jatuh 2 langkah...sapa yang join pasti setuju ngn kata2 cina ni...



lepas cp 5...mujur la dah x da bukit..so kami melalui jambatan yang melintasi lebuhraya utara selatan...

jumpa sahabat baru semasa 10km kayuh menuju garisan penamat..brader megat dari malim nawar..lepas ni boleh join team dia...
tepat jam 11.20 aku smp..dapat gold medal no.67..kira ok la..kalo x kerana kekejangan yang menimpa diri aku, pasti pencapaian lebih baik aku perolehi...apa pun syukur aku selamat sampai tanpa ada kecederaan yang serius..jarak keseluruhan kayuhan 40km ja..
gold medal disediakan kepada 100 rider pertama smp..selepas tuh semua silver medal...
basuh dulu...

brader megat ni kena pacat 2 ekor kat kaki dia...rupanya dlm hutan tuh byk pacat jugak..ramai yang kena..xpa derma darah...mujur aku tidak dihisap oleh pacat...

nombor dan ranking aku..patut nya aku kena pulun dpt no.56..bru la leh kesinambungan 234 56

makan time...lauk sedap la jugak..

satu-satunya gerai jualan..tah apa nama produk pun aku x ingat la..geng2 penganjur gak ni..

semasa semua rider sedang kayuh..pihak penganjur mengadakan pertandingan mewarna dan sukaneka kepada ahli keluarga yang hadir..bdk ni menang pertandingan mewarna...

bdk ni pulak menang cabutan bertuah..akhirnya no.aku bertuah juga...baucer masuk ke ecopark bukit merah laketown resort...



jadi sampai disini sja coretan aku utk kayuhan kali ni...diharap segala kritikan yang aku lemparkan dalam coretan aku tidak menyinggung mana2 pihak yang membca...semoga segala kritikan atau pujian akan dijadikan panduan kepada mana2 pengnjur yang akan mengnjurkan jamboree akan datang...kepuasan dan keselamatan rider perlu diutamakan....sekian....