I made this widget at MyFlashFetish.com.

UTP MTB JAMBOREE 2011

Tarikh : 8 Oktober 2011
Tempat : Universiti Teknologi Petronas, Tronoh, Perak

Berlangsung di Universiti Teknologi Petronas, Tronoh, Perak yang melibatkan 400 ++ orang rider keseluruhannya dengan jarak 44km........

PENGAMBILAN GOODIES : bermula dengan pengambilan goodies pada 7 Oktober 2011 Jumaat Jam 4ptg-9mlm...mengikut pemerhatian aku, pengagihan goodies disini agak sedikit kelam kabut..tidak teratur...

Goodies : ini jer yang dapat....


seramai lebih kurang 400 orang yang mengambil bahagian pada kali ini..tepat jam 7.45pagi dilepaskan di Dewan Besar UTP..

sebelum bermula

dari kiri : mal, mat nor, apis dan aku...

TREK : permulaan Onroad sejauh 11km dan kemudiannya memasuki Offroad..ini lah bukit yang pertama...(muntah wooo)..rasanya dulu masa Seri Iskandar MTB Exploration 2010, depa buat bukit ni CP1...lepas downhill bukit ni, treknya menyusuri ladang kelapa sawit dan single trek dalam hutan...keluar ja offroad..4km ke garisan penamat akan melalui jalanraya di Bandar U seri iskandar..

selamat tiba di garisan penamat tepat jam 9.55pagi..(kayuh 2jam 10min)..kecewa dengan prestasi diri aku pada kali ini...merundum teruk...ini lah akibat tak menjalani latihan intensif..

* harap maaf, tiada gambar di trek dan semasa kayuhan...tak sempat ambil...

cendol terbaik ...hidangan istimewa sebelum makan tengahari

otai kaki besi ni pasti ada di mana2 jamboree..semangatnya kuat..

perbincangan strategi next jamboree

menunggu cabutan bertuah

hadiah cabutan bertuah..5 frame, TV Plasma 32", complete bike merida

seperti biasa no. aku tak penah bertuah....

persembangan selingan yang istimewa dari geng2 tari menari pelajar UTP...


Tahniah kepada penganjur...TERBAIK!

PIMBC 2011

PANGKOR INTERNATIONAL MOUNTAINBIKE CHALLENGE 2011

17 & 18 SEPTEMBER 2011


kali ini aku pergi sebagai pemerhati dan mengambil sedikit gambar2 rider..


Antara aksi2 rider yang 'tewas'.....





































"roadies n mounties bergabung tenaga"

Tarikh : 16 September 2011

Tayar bergolek : 7.30pagi

Tempat berkumpul : KWSP Manjung


Sempena 16 September 2011 cuti Hari Malaysia dan Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia, satu kayuhan telah diatur oleh geng2 MCT...mmg dah menjadi rutin mereka...cuti saja mesti kayuh...aku pun ada masa terluang dan tak dak buat apa...tggu apa lagi join ja...semuanya kepala sempoi...tak kira usia semuanya kayuh berdesuppp....


Lebih kurang seramai 18 orang rider bersama-sama jentera masing2 yang terdiri daripada RB dan MTB telah menyusuri laluan bermula di KWSP Manjung - Kg.Koh - Ayer Tawar - Sg.wangi - Kg.Baru - Segari - Manjung sejauh 42km ++...




bermulanya disini...kayuhan dikepalai oleh tuan haji estima dan haji zulkefli




regroup di cp pertama : shell sg.wangi


bersama apis dan mal azhar... ternyata prestasi aku kurang memuaskan..tak terligan aku dgn geng2 RB...pancit woo...jenuh kampoi.. sedikit sebanyak dapat jugak menguji fizikal dan stamina aku...

singgah pekena nasi lemak di kedai paksu..

tokey kedai (pak su) menghiburkan kami dgn mendendangkan 2 buah lagu..sedap sungguh sora kilauan emas ni...

sarapan pagi...


habis pekena nasi lemak di warung pak su..kami terus menuju jalan pulang... tiba2 ada pulak jemputan kerumah haji estima utk beraya....pelbagai objektif kayuhan pagi ini boleh diklasifikasikan....1. kayuhan pecah lemak...2. kayuhan hari malaysia...3. kayuhan beraya...4. kayuhan mengeratkan ukhwah...



dirumah haji estima pekena laksa pulak....mkn sambil sembang2 pasal beskal dgn otai2 berpengalaman ni...pelbagai crita suka duka pasal kayuhan dikongsi bersama...


mat nor dgn buah pelamnya...haji zul dgn kerepeknya...


untungnya kayuhan pagi ni, dapat jugak singgah umh haji estima...


trima kasih tuan haji estima kerana menghidangkan juadah yang sungguh enak....



erkkk!! alhamdullilah kenyang...