I made this widget at MyFlashFetish.com.

CFAL 3rd edition - "ditimpa hujan"

Tarikh : 11 September 2011
Tempat : Esplaned Padang Kota Lama, Penang


Ini merupakan event kayuhan pertama aku selepas raya..lagipun mmg dah lama tak kayuh...bulan puasa off terus...so target kali ni nak kayuh santai2 saja dengan member2...no race2...kbsteam daftar 10 orang tetapi yang kayuh cuma 8 orang ( 3 org dari kelantan, 4 org dari kedah dan sorang dari perak)...sorang tak dapat hadir last minit ada hal yang tak dapat dielakkan..sorang lagi tgh 'rehabilitation' akibat baru lepas kemalangan..

GOODIES : pengambilan goodies kali ni di G hotel, Penang...aku p dengan zam...sistem yang digunakan oleh pihak penganjur adalah tidak menetapkan awal2 no plate kepada peserta..p tunjuk resit terus dapat no plate secara rawak...dalam goodies terdapat jersi tajaan cimb, botol air suntonic, 2 peket kordial air suntonic, kupon medal, kupon makan dan tuala kecil giant..tak dak yang kelam kabut berlaku...semua berjalan dengan lancar..maybe time aku ambik tu dah tak ramai yang dtg menuntut....

termenung aku..bila la hujan nak berenti...

FLAG OFF : hujan lebat seawal jam 4 pagi telah sedikit merencatkan event ini...sepanjang kayuhan diselang-seli dengan hujan lebat dan renyai2...mula la urat baloq keluaq...mcm malas ja nak main hujan...tidoq lagi syok...kami terlewat utk join di starting point...hanya tunggu di deretan celah2 rumah kedai berhampiran di situ...kelihatan ramai rider pakat main 'curi ayam'...ada yang bungkus beskal boh dalam kereta dan truck terus chow...ada yang lepak kedai mamak pekena roti canai dan teh tarik dulu sebelum join...mcm2 gelagat dapat dilihat diarea2 berhampiran...kami pun lepak minum dan pekena roti canai sebelum kayuh...tak dak apa yang hendak dikejar..kayuh sampai lambat pun tetap dapat medal... no check point...no cut off time...no ranking...


TREK : trek atau laluan kali ni memang syok dan mencabar..utk geng2 RB mmg makanan depa la...semua road...laju la depa...kami dapat cucuk angin pun jadi la...ada 2 3 bukit yang menguji ketahanan mental dan fizikal rider2..akibat jalan yang sgt licin terdapat ramai juga rider yang tewas dan rebah menyembah bumi..licin punya pasal brek pun tak boleh nk grip...memang kena fokus dan berhati2 bila downhill....sgt bahaya....rider jugak kena hati2 dengan keadaan lalu lintas di area2 yang dilalui...maklumla penang..mmg la sesak....keseluruhan trek adalah 82km ++....


CABUTAN BERTUAH : pihak penganjur telah membuat cabutan awal bagi menjimatkan masa...nombor yang telah di cabut dilekatkan di papan belakang stage...ni semua pakat beratoq nak tgk nombor...mai kita tgk sapa yang kena....geng kbsteam sorang pun tak bertuah...

pentas utama

Gambar ini dicedok dari blog Adiharriman


MAKANAN :
geng kbsteam boikot..tak puas hati dengan makanan yang dihidangkan...tgk lauk2 dan menu memang sedap belaka...yang dok serve pun amoi2 yang sgt cun...tetapi bila tgk kat belakang...tu dia baik punya maknya dok bersilat goreng2...potong stim terus nk makan...dah la beratoq panjang...cuma waktu dan ketika itu...kita tak tau status halal ke tak?...aku tgk ramai gak geng melayu yang tak amik makan..dan ada gak yang mkn buat tak tau ja...salah siapa? sepatutnya pihak penganjur perlu menjaga sensitiviti kaum...was-was punya pasal kami pun cari la nasi kandar berhampiran....

faisal - ini lah rider yang tak dapat join kayuh akibat baru lepas kemalangan di hari puasa yang kedua..patah tangan kiri dan 2 jari....semangat punya pasal dia tetap mai tgk kwn2 dia kayuh..bagus gak mai tolong amik gambar kami....

dari kiri- azam , fadhi dan nizam (kecik)
ini rider dari kelantan..sanggup mai dari jauh..tak sia2 dapat main hujan


aku in action....apalagi gaya yang sama la...
'thumb up kpd pihak penganjur'


'KBSTEAM'
dari kiri - azam, zamzuri, plang, alan, faisal, fadhi, nizam, megat dan rohairy

sekali lagi nombor aku tak bertuah.....

Jumpa lagi di lain jamboree!!

welcome.....


kepada semua MTB rider, selamat berpuasa dan
menyambut ramadan al-mubarak..

XPLORASI AGRO BIKE 2011 - gegor satu badan!....


Tarikh : 25 Jun 2011 (Sabtu)
Tempat : Rancangan Felcra Seberang Perak
Jumlah Peserta : 470 orang ++
Anjuran : Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Seberang Perak Bhd dengan Kerjasama Majlis Belia & Majlis Belia FELCRA.

Kayuhan Agro Bike adalah berkonsep "FunRide"...no race2...walaupun "simple" dari segi treknya tetapi penganjurannya memang terbaik...serba-serbi "perfect"....penyertaan rider seramai 470++ dan jarak kayuhan keseluruhan adalah 45km meliputi laluan trek kelapa sawit, tarmac dan trek sawah padi (batas ban)...bila kayuh kali ni, aku teringat dengan trek Kayuhan Jelapang Padi 2010 yang penah aku anjurkan dulu...memang mirip tetapi berbeza suasana dari segi cuaca...(KJP-hujan & Agro Bike-panas)...melalui trek yang dihidangkan memang sepanjang jalan gegor satu badan...laluan berbatu2 dan berhabuk adalah cabaran kepada semua rider kali ini...

Majlis Perasmian Penutup oleh YB DATO' ZAINOL FADZLI BIN HJ. PAHARUDIN Exco Negeri Perak, Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia & Sukan Negeri Perak

Gambar sebelum kayuh...

aku , mat nor dan apiz






kayuhan bermula...

antara kelompok awal..

Di CP2....regroup...(buah pisang + mineral water)

ini lah akibat minyak kuda...

regroup di pusat benih padi

cepat2 berkumpul..moh kita sambung kayuh semula..

Di CP3...
petugas-petugas memang komited menjalankan tugas....

check point ni paling best dan meriah...selalu awek2 yg jaga di FP & CP tetapi disini ada kelainan..makcik2 dan kakyong2 yang manis2 serta murah dengan senyuman turut membantu memberi minuman dan buah-buahan..air yang disediakan pun best...air tebu dan air asam boi...perghhhh sejukk....buah nenas siap potong dan taruh asam pulak tuh...
memang meriah disini....

tapah cop cycling team...

bersama org kuat kayuhan kuale....mesti semua dah kenai kan...


antara hadiah cabutan bertuah..2nd TV 32" jenama Sharp dan 1st complete bike jenama Polygon
seperti biasa aku selalu tak bertuah.......

keseluruhan jamboree ini memang terbaik dan mempunyai kelas yang tersendiri..
aku bagi 8/10..tahniah kepada penganjur yang terlibat....