I made this widget at MyFlashFetish.com.

kuale oh kuale !


Kayuhan Kuale 2011
Tarikh : 30 Oktober 2011
Tempat : Arena Square Kuala Kangsar
Penyertaan : 2200 ++ org

Jom layan sesi temuramah bersama aku...

W - (wartawan)
A - (aku)

W : Bagaimanakah pandangan hang tentang penganjuran kali ini?
A : penganjuran kali ini kira ok la..suam-suam kuku..walaupun ini merupakan penganjuran kali ke 3..aku dah 2 kali join tp masih terdapat masalah yang sama dan masalah yang baru yang menjadi punca ketidakpuashatian kepada semua rider...

W : hang kata ada masalah yang sama dan masalah baru..haa apa dia..cerita sikit?
A : ok masalah yang sama bagi aku..adalah dari segi kurangnya petunjuk arah dlm offroad..ini menyebabkan rider sesat termasuk aku...selain tu masalah air atau Feeding Point..kesian rider merungut air habis..dah la penat..habis pulak..patutnya penganjuran kena menitikberatkan hal ni...masalah yang baru bg aku adalah semasa flag off..aku percaya semua rider tak puashati dengan perkara yang berlaku hari tu..tak sepatutnya VIP kayuh di depan lepas tu semua rider ikut di belakang..kemudian patah balik bertembung dengan rider yang di belakang...jadi kelam kabut la masa tuh..semua rider tak tau arah mana nak tuju...lepas tuh si abang2 marshall ni siap berbohong lagi kata ada check point dihadapan..isk tak sepatutnya berlaku lah..ini masalah yang aku tak suka bila sukan dipolitikkan...rakyat yang merana.....harap jangan dok buat dah..kalo nk bagi VIP kayuh..kayuh la lepas semua rider dan flagoff...kayuh la pusing mana pun....

W : wah betol punya marah ni?
A : tak marah tapi tak puashati sikit saja...sebab perkara macam ni terus mencacatkan penganjuran yang gah tu...

W : goodies macam mana ok ka?
A : Tempat pengambilan goodies sesak sikit pada masa aku amik...tempat kecik kot..lagi satu agak huru hara dan kelam kabut gak urusetia yang bertugas...tak sistematik...dalam goodies seperti biasa la..ada no. plate, botoi air suntonic, jersi yang garang ala-ala tebuan dan power gel....berbaloi la bayar rm50.00.......

W: jadi macam mana pulak dari segi trek?
A : Ohhh..trek yang dihidangkan kepada kami amat memuaskan...agak 80% sama seperti tahun lepas..tapi enjoy dan best la bila kayuh...tolak pun banyak sebab bukitnya amat mencabar...

W : Dengar cerita ada rider yang diserang tebuan? betul ka?
A : Bab kena ketik tebuan ni ada gak aku dengar cerita...aku tak tau la sebab masa kejadian aku tak dak kat situ..aku dah di depan...depa kata sorang rider tuh kena ketik sampai dekat 30 ekor..terus pengsan dia...teruk gak tuh..lain-lain rider yang berada masa tuh turut kena serang...tapi kalau nak tau..yang jatuh cedera parah pun ramai gak...macam-macam lah..inilah asam garam bila ber MTB....

W : Pencapaian hang kali ini mcm mana..ok ka?
A : hahaha nak cerita pun malu lah...biasa laaa..start jam 7.45 pagi dan aku smp jam 10.47 pagi..lebih kurang 3 jam 2 minit aku amik masa utk selesai aku punya kayuhan...ni kira normal time aku la...mana2 jamboree pun lebih kurang time ni gak aku sampai...ranking pun tak diberi tp kira-kira dalam 300++ kot (bak kata peg.penamat disitu)...ramai yang chicken loop dapat ranking..yang kayuh abis apa pun tak dapat...disini byk penipuan dan pembohongan berlaku...

W : pendapat hang tentang cabutan bertuah?
A : aku ingatkan penganjuran yang gah semestinya hadiahnya pun hebat jugak..bila tengok2 kat atas pentas tuh..ermmm hampeh gak la..yang banyak cuma labu sayong..ohh jem...frame n complete bike pun tak brapa nak selera..jadi aku terus cau balik homestay..malas nk tnggu tengah2 panas tu...

W : Jadi secara keseluruhan apa harapan dan pandangan hang terhadap penganjuran kali ni?
A : Overall semua ok cuma ada sikit cacat cela tuh kira biasa lah...SYABAS la kepada penganjur dan semua yang terlibat..harapan aku pada masa akan datang setiap penganjur perlu menitikberatkan semua aspek untuk buat Jamboree..jangan sekadar nak nama atau nak untung saja sehinggakan rider-rider menjadi mangsa...SYABAS dan TAHNIAH sekali lagi....kalau ada lagi kayuhan kuale tahun depan..mungkin aku dah tak join kot...."tepuk dada tanya selera"..

W : Gambar-gambar banyak ka yang hang amik?
A : haaaaa tengok la kat bwh ni.....



aku dan sahabat lama aku masa stadi uitm dulu..(ariffin@adik)


hampir 2000 orang disini...

femes pekan kuale pada hari tersebut..

bersama abg rosdan (Prima Rider)..

bersama Din (ahli baru KBSTEAM)..kuat dia ni...

bersama blogger terkenal..abg pudin TTG..kapten jamal (baju hijau) disebelah

mcm biasa trademark angkat beskal...

syok sembang dengan selebiriti ni...wahid senario...lawak tak abis2...

bagi rm3.00 depa basuh beskal aku....




JUMPA LAGI NEXT JAMBOREE...