I made this widget at MyFlashFetish.com.

ayer tawar - kg bharu


Tarikh : 24 April 2011
Masa : 4.00 petang

Destinasi : Ayer Tawar - Kg. Bharu
(bkn kg.baru KL)
Jarak : 40km


Petang ahad tiba-tiba hati tergerak utk kayuh setelah sesi pagi aku tak dpt join team DIRT utk meredah trek teluk batik...ada hal penting yg tak dpt dielakkan...mohon maaf ya...so bila ptg ada masa terluang, apalagi dengan pantas aku amik beskal aku utk membuat kayuhan solo..

Dialog 3.30ptg:-
bini aku : p la kayuh ke kg bharu..sna ada kg.nelayan...
aku : jauh tak? kalo dekat aku tak layan (dengan nada belagak)
bini aku : alah dlm 20km ja smp sna..
aku : boleh gak nk try..
bini aku : tp hati2 jln nya sunyi skit..
aku : bagus la bini aku bagi sokongan tp risau gak dia kat aku (ckp dlm hati)

di persimpangan ayer tawar...Jalan menuju ke kg.bharu..

jalan di sini memang sunyi...kiri kanan ladang kepala sawit..
tak byk kereta or motor or lori lalu lalang..mula2 risau gak aku takot kena 'pau'..
memang menguji mental la kayuh sorang2 kat sini..jalannya flat road yang panjang dan ada la skit2 'rooler coaster' beserta dihidangi cuaca agak panas..menten momentum 25-30km/j ja...


hampir 20km aku smp di kg.baharu....

Kg.Baharu adalah sebuah pekan nelayan yang kecil... Penduduknya pun tak ramai..Terdapat sebuah jeti utk para nelayan menaikkan hasil tangkapan mereka...
Jeti pun dibina cantik...



Antara kemudahan dan infrastruktur yang terdapat di pekan Kg.Baharu :








Lepak2 dlm 15min...amik gmbr...minum....pastu terus cau kayuh blk rumah.....

~* yang bestnya sepanjang kayuhan aku ke kg.baharu..ramai penduduk kg. dan org yg berselisih dengan aku..pelik ja tgk aku..smua pakat dok ushaa ja...'mai dr mana laaa bdk ni'...mungkin depa tak biasa tgk org kayuh beskal mcm aku smp kesini....tak pa jgn risau depa akan kerap nmpk muka aku lagi nanti..hahaha...

kayuhan salam perkenalan

Tarikh : 19 April 2011 (selasa)
Masa : 4.00 petang
Tempat Berkumpul : Hadapan 7E Simpang ke Teluk Batik
Jumlah Rider : 9 orang
Jarak : 15km++ (pusing trek teluk batik)

SALAM PERKENALAN sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Perak hari ini, Kali ini kayuhan salam perkenalan aku bersama DIRT Cycling Team Manjung...(lupa pulak aku nk tanya apa makna DIRT tuh)..seramai 9 orang rider yang berjaya melapangkan masa untuk kayuh petang ini..nama-nama rider yang join adalah apis, mohizam, brociluk, syed, harpies dan ada 2, 3 orang lagi aku x igt namanya..(sori bro jgn marah ye)..rata-rata geng-geng DIRT ni adalah terdiri daripada anggota badan beruniform (NAVY)..memang kayuh x mengira pangkat dan darjat..memang semua satu kepala yang sempoi...

LALUAN kayuhan kami kali menyusuri trek teluk batik...kelapa sawit...bukit bukau..kayuh pun sebahagian trek JTB ja.. buat loop...dapat merasa kayuh, tolak, angkat beskal..uphill n downhill pun best d layan...kalau di jitra trek ni ala-ala CP3 la...sebenarnya geng2 ni selalu kayuh di sini so dah memang biasa dengan persekitaran di sini...kira ni trek tetap utk traning...

titik pertemuan : hadapan 7E simpang ke teluk batik

baru lepas uphill smp pondok d bukit yang pertama then patah balik layan downhill

letih atau berehat atau bergambar

nak ragaih 2nd bukit pulak

rock climbing : tmpt traning tolak...

apis dengan gaya maskulin..

lepak2...sembang2...borak2...

memang keras tempat ni...

kembali ke pangkal jalan..siap sedia utk downhill
tq sbb ajak aku..lain kali bole join lagi..

'kayuh bersama polis'


JOM KAYUH BERSAMA POLIS SEMPENA PROGRAM BERBASIKAL : POLIS BERSAMA MASYARAKAT 2011...

Mana-mana rider yang berdekatan boleh la join....