I made this widget at MyFlashFetish.com.

pusing-pusing pangkor

Tarikh : 20 Januari 2011 ( Thaipusam )
Destinasi : Pulau Pangkor
Jarak Kayuhan : 16km x 2 round
Jumlah Rider : 17 orang

Sempena perayaan Thaipusam, aku di ajak oleh geng2 NAVY Lumut (Mat Nor yang SMS aku)untuk kayuh pusing-pusing pangkor...mula2 liat juga nak kayuh, tetapi memandangkan ramai yang akan join so aku merelakan tubuh aku untuk kayuh bersama...lagipun ini lah peluang aku untuk mengenali dengan lebih ramai geng2 MTB terutamanya geng2 NAVY...seramai 17 orang yang melibatkan diri kayuh di pangkor kali ini...semuanya sempoi2 belaka...
Walaupun jarak pusing pangkor cuma 16km tetapi penangan bukitnya amat menusuk kedalam jiwa...sesuai la untuk menguji dan memantapkan kecergasan anda...1 lap lebih kurang 50min untuk yang beginner..kalau yang kuat silap2 30min dah setel 1 lap...pada hari kejadian kami buat 2 Lap sahaja....Kayuhan akan menyusuri jalan-jalan di persisir pantai yang menarik dan meredah bukit-bukit yang pemandangannya sangat indah...Antara pantai-pantai yang popular d Pulau Pangkor ni adalah Pantai Pasir Bogak dan Teluk Nipah....

Tambang Feri RM10.00 + charge sebiji beskal RM4.00 (Pergi-Balik)
Perjalanan feri Lumut - Pangkor mengambil masa lebih kurang 30min..

Di Jeti Lumut Jam 8.00 pagi..Masih lengang..ingat ka ramai time2 cuti mcm ni..

posing sebentar..

First Lap..Kayuh santai..masih dlm peloton

peloton mula berpecah di pendakian pertama..


regroup semula..

pendakian kedua yang amat mencabar...
keadaan persekitaran dan struktur jalan seperti ala-ala Gunung Jerai..



Jam 11.30pagi ...dah nak balik
Pengunjung mula berpusu-pusu sampai di jeti Pangkor

Tuan Zul (Scott) dan Tuan Jeff (Media Prima)


Dah sampai di Jeti lumut...
Kenalan-kenalan baru yang sempoi..

JMJ'11 memang mengancam....

JANGAN TIRU AKSI INI!!

Tarikh : 16 Januari 2011
Tempat : Perwaja Steel Sdn.Bhd. Gurun, Kedah
Jarak : 48km
Peserta : 1600 orang (yg mendaftar)

Saat yang dinanti oleh semua rider2 kini telah tiba...Jerai Mountainbike Jamboree 2011 adalah penganjuran pembuka tirai 2011 yang terbaik setakat ini...peserta yang berdaftar juga telah memecah rekod daripada penganjuran yang diadakan sebelum ini...ini bermakna fenomena MTB telah kian popular di setiap masyarakat dari semua pelusuk negeri....

JERAI MOUNTAINBIKE JAMBOREE anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Perwaja (KESUREP) dengan kerjasama Perwaja MTB Club...Acara dilepaskan tepat jam 7.45 pagi oleh YB Senator Tuan Gan Ping Shou, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia....

Diadakan di Gurun, Kedah..memang sesuai dengan namanya..cuaca kali ini amat panas terik dan sedikit sebanyak dapat menguji ketahanan mental dan fizikal semua rider yang mengambil bahagian...bagi aku, taraf penganjuran kali ini adalah 9/10..memang terbaik...ini adalah pandangan peribadi aku...bagi rider-rider yang terlibat " tepuk dada tanya selera"...

Pengambilan goodies:
berjalan dengan lancar..tiada masalah...goodies simple...jersi, materialnya sedap dipakai...
Trek : 90% kelapa sawit (rooler coster)...2 3 kali pihak penganjur menjemput rider2 mencuba sebelum hari sebenar..semua laluan boleh kayuh..ada 3 4 tempat yang merbahaya..dan ramai rider yang jatuh...
Ranking: ranking yang disediakan amat memuaskan...tiada rungutan oleh rider-rider..
Makanan : makanan yang disediakan juga amat memuaskan..lauk2nya sedap dan mencukupi...semua peserta dan keluarga boleh menikmatinya...
keselamatan : kawalan keselamatan di kawal rapi termasuk unit perubatan yang cepat bertindak jika ada kemalangan berlaku..

Berikut adalah aksi-aksi yang sempat ditembak oleh lensa kamera kbsteam....

Satu Malaysia

semua dah x sabar nak menunjukkan aksi...

saudara shah rahman (perwaja) bersama jurukamera..
" topi sapa paling menarik"

2 rakan baru aku dari Manjung..(baju cervelo dan Active)

gaya-gaya gerek berehat

Art IKBN Kuala Perlis..."mana gerek baru?"

bertanya kabar....aku bersama abg ai (redflag)..
desas desus mengatakan abg ai jugak turut kini menceburi bidang DH

walau dimana berada...kbsteam 4ever....

rohairry...aku...zam..
"lama x kayuh semua pakat pancit"

aku dapat silver medal...
maknanya ranking aku antara 101-500 laa.....
Ranking cuma angka untuk menguji prestasi diri..bkn utk menunjuk2 atau bermegah2 dengan org lain...niat kita semasa kayuh itu adalah penting....dan yang lebih penting adalah utk kesihatan diri serta dapat mengenali ramai rakan-rakan mtb tidak mengira bangsa, agama dan peringkat umur dari seluruh malaysia...


Penampilan baru:
Gambar-gambar diatas adalah di tembak oleh rakan aku saudara faizal mahazir (klik utk add di FB) yang merupakan kbsteam photografer....
kepada pengunjung blog ini yang ingin melihat aksi rider-rider di JMJ'11,
sila klik di sini photo JMJ'11

faizal mahazir


JERAI MOUNTAINBIKE JAMBOREE 2011
TERBAIK!

"3 laluan 1 tujuan"

Bakal beraksi di pentas Jerai MountainBike Jamboree 2011

Jerai Jamboree 2011 pada 16hb Januari 2011 bakal tiba tidak lama lagi...ini lah wajah2 kbsteam yang akan beraksi nanti...walaupun cuma 3 orang sahaja tetapi sedikit sebanyak ia dapat menggugat ranking anda nanti...sudah lama kami tidak kayuh bersama kerana bekerja di negeri yang berbeza dan kali ini di Jerai Jamboree ia dapat menemukan kami semula di sana...walaupun perbezaan "laluan" tetapi kami mempunyai tujuan yang sama...perbezaan 3 "laluan" yang di maksudkan adalah perbezaan jalan untuk ke Gurun (Jerai Jamboree)... 1 Tujuan yang dimaksudkan adalah untuk berkayuh di Jerai Jamboree...menang kalah tak penting...yang penting 'kayuh bagi sampai' ke garisan penamat...


Nama : Zam kbsteam
Gerek : Merida
Negeri bekerja : Alor Setar, Kedah
Rumah : Jitra, Kedah
Team sekarang : kini dipinjam oleh Team Redflag

Laluan untuk ke JMJ : Jitra - Gurun (45km)


Nama : Rohairry kbsteam
Gerek : Merida
Negeri Bekerja : Kangar, Perlis
Rumah : Sungai Petani, Kedah
Team sekarang : Tiada (masih solo rider)

Laluan untuk ke JMJ : Sungai Petani - Gurun (31km)



Nama : Alan kbsteam
Gerek : Giant
Negeri Bekerja : Kampar, Perak
Rumah : Ayer Tawar, Perak
Team sekarang : Tiada (masih solo rider)

Laluan untuk ke JMJ : Ayer Tawar - Gurun (190km)



(Sumber Jarak : http://plus.com.my/)


*PESANAN KEPADA RAKAN-RAKAN MTB - JIKA TERSEREMPAK DENGAN WAJAH-WAJAH INI KETIKA KAYUH ATAU DIMANA SAJA...TEGUR-TEGUR LAH YERR....JUMPA KITA D JMJ 2011...

menggamit LTDL...

Tarikh : 8 Januari 2011 (Sabtu)
Tempat : Plaza De' Mara, Sitiawan

Program Kayuhan Yellow Ride adalah untuk mempromosikan Le Tour De' Langkawi 2011 yang bakal diadakan tidak lama lagi. Kayuhan sejauh 10km bagi kategori terbuka dan 5km bagi kategori VIP. Bukan perlumbaan tetapi kayuhan ini tidak berasaskan kepada kemenangan. Kayuhan ini dirasmikan dan dilepaskan oleh , Datuk Zainol Fadzi Paharudin, Exco Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Perak. Le Tour De' Langkawi akan berlangsung dari 23 Januari hingga 1 Februari 2011 dan 3 lokasi di Negeri Perak turut menjadi persinggahannya.

3 Lokasi yang akan dilalui adalah pada 25 Januari 2011 dari Taiping ke Sitiawan sejauh 144.9 km...26 Januari 2011 dari Ayer Tawar ke Cameron Highlands sejauh 137.6km dan pada 27 Januari 2011 dari Tapah ke Genting Highlands sejauh 124.3km....

untuk maklumat lanjut tentang Le Tour De' Langkawi 2011 sila klik di sini LTDL

Ini merupakan kayuhan pertama aku pada tahun 2011..kayuhan santai ini dapat la sedikit sebanyak memantapkan kecergasan dan stamina aku untuk hari2 mendatang...

aku bersama orang kuat kayuhan kuale 2010 (Mr.Arzai)
Promosi Kayuhan Kuale 2011 pun sedang giat dijalankan..


Pendaftaran cuma RM15.00...dapat t-shirt kuning beserta topi kuning..


Antara gambar2 yang sempat di tangkap...

















SEMOGA KITA SAMA-SAMA MEMERIAHKAN LE TOUR DE' LANGKAWI 2011