I made this widget at MyFlashFetish.com.

GOPENG JAMBOREE "peace ke?"

Tarikh : 28 November 2010 (ahad)
Tempat : Gua Tempurung, Gopeng, Perak

Jamboree kali ini julung2 kalinya di anjurkan oleh Radak Adventure Consultant di Gua Tempurung, Perak. Pada mulanya aku setiap hari dok belek2 blog2 depa ni iskk mcm x ramai ja yang masuk...kebetulan tempat ni dekat dengan tempat baru aku..jadi kenapa tidak aku join sahaja kayuh kali ini...terus register la tanpa membuang masa..maka aku mewakili kbsteam la kali ni...sorang ja...sekali sekala nak try juga trek gua tempurung ni...rupa-rupanya hampir 400 rider juga yang masuk..tp rasanya hanya rider sekitar negeri perak ja kot...meriah juga la...ok tuan2 dan puan2 boleh la layan gmbr di bawah ni..jap lagi aku review ttg jamboree gopeng yang dikatakan peace...
sebelum kayuh.....
didalam goodies bag ini lah barangan yang di sponsor oleh pihak penganjur kecuali KFC tuh (KFC tuh aku beli sendiri la) bab goodies kira berbaloi la bayar rm50, cuma x dpt jersi..jersi dah byk x dpt pun xpa...dpt t-shirt kainnya pun berkualiti tinggi...mmg nice la!...pembahagian goodies kira ok la..x la kelam kabut sgt..good job!

ini adalah tempat pembahagian goodies bag dan pentas utama..

rupanya geng2 pihak penganjur ramai yang berkhemah disini..kelihatan byk khemah di sekitar kawasan ini...memang pihak penganjur ada menyarankan kepada mana2 rider yang jauh, boleh berkhemah disini..tempat disediakan tp khemah bwa sendiri..

tempat flag off..selalunya jamboree sebelum2 ni..starting d road..tp kali ni starting terus lalu offroad melalui jalan berpasir tepi lombong2..dalam 4 km kayuh, baru la masuk road 6km then terus masuk offroad bukit2...

sampai ja pg tuh aku terus amik goodies bag n no.plate..tgk2 alamak no.234..cun tuh! harap2 bertuah la aku kali ni..

laju sungguh mamat belakang tuh..x sempat nak snap..
aku keseorangan kali ini...tiada member dari kbsteam..aku berjuang utk depa..

kali ni aku tgk ramai geng2 phusarp..dlm kepala otak aku mesti byk downhill yang menarik bakal dihidangkan..best ni aku pun suka..aku redah ngn hardtail aku ja...

tiba2 aku ternampak seorang jejaka yang aku kenali..ya sudah pasti cikgu fisol bersama phusarp meridanya...ada jugak rakan dari kedah..katanya rumah mertuanya hanya 1km ja dari tempat pelepasan..sbelum kayuh dia pun dh review kat aku serba sedikit trek yg akan d lalui..


menanti saat pelepasan...

kameraman kamerawoman pun dah kalot mengambil gmbr time ni..utk makluman brader yg pakai baju P2K ni dapat no.2..no.1 budak remaja lagi..rasanya rider perak kot..time flag off aku dok line kedua..dah la lama aku x kayuh offroad..fitness pun kurang..otot2 pun kendur..so biar aku dok depan siap2..sprint then bila dah masuk offroad menten je la prestasi kayuhan aku..(itulah taktik aku kali ni)

flag off jam 8.00pg..agak lewat la jugak..igt ka ada VIP yang hadir utk pelepasan..tgk2 geng2 pihak pengnjur juga yang tolong lepaskan..lebih baik lepas awai2 td...
semasa kayuhan.........

trek kali ni x berapa nk peace la...bukitnya tinggi2 smp x leh nk kayuh..bkn faktor aku x larat atau x kuat..tp bukitnya berbatu2 mcm trek jungle treking..mmg kebanyakkan bukit yang disediakan semua rider x leh nk kayuh..dh la licin..mmg dugaan la..tolak ja la yang boleh pun..sekali sekala kena tanggung lintas ayaq...ramai yang menyumpah...

disini lebih kurang 20km aku telah mengalami kekejangan dan sakit di bahagian "gluteal maximus muscles"..sapa yang x tau boleh la klik di situ...nk duduk atas saddle pun x boleh...ini lah akibat lama x kayuh dan punca disebabkan aku terlampau push masa sprint dan di laluan bukit pertama...aku terpaksa rest lama disini...sakit yang amat sgt...jadi ramai telah memintas aku...kalo ada marshall mmg dh lama aku minta bwa balik..aku nk surender dah..tp petugas semua x nmpk rupa...jd terpaksa la aku berjuang utk kayuh bg smpai juga...

haaa tgk kalo x percaya....dr mula smp ke puncak mcm ni ja trek dia...pehh...sakit pinggang woo..dh la mencanak bukit2 disini...aku nk rehat lama2 pun x guna..mau x mau kena gak tolak pelan2...atleast sakit aku leh recovery skit2...ada jugak aku terdengar suara2 sinis yang mengatakan.." agaknya trek diperak mmg mcm ni kot,nk bg rider mampoih..ni dah mcm taiping"...aku pun gelak tanda setuju...

tolak....tanggung....tgk lg gmbr dibawah...













gmbr diats semua kena tolak sja...aku kira2 tgk meter aku..mak oi campur tolak bahagi tmbh lebih 10km kena tolak saja....dhsyat2...

selepas puas menolak... dihidangkan downhill yang pertama yang sgt mencabar dan best di layan..skil dan keberanian perlu ada dalam diri rider semasa turun..kalo x brani maka kena tolak lagi la sambil turun...aku redah sja mengguna skill aku yang ada..syok time downhill ni potong ramai org..hahaha..smp aku pun terbabas la 2 kali...nasib baik x cedera teruk....terlampau gairah layan downhill..sori la gambar masa downhill x dan nk amik..lepas tuh baru la jupa titi besi ni utk menuju cp3..

lepas cp3...tu dia..bukit tinggi lg...yang ni mmg kena tolak..laluan licin dan mencanak...
time ni mmg mental dah down..tinggi sgt...

sejarah taiping berulang di gopeng...
mamat cina depan aku ni..mulutnya asyik dok maki ja..oh s**t...oh f**k...abih tuh mau dia x maki..asyik tolak selangkah..jatuh 2 langkah...sapa yang join pasti setuju ngn kata2 cina ni...



lepas cp 5...mujur la dah x da bukit..so kami melalui jambatan yang melintasi lebuhraya utara selatan...

jumpa sahabat baru semasa 10km kayuh menuju garisan penamat..brader megat dari malim nawar..lepas ni boleh join team dia...
tepat jam 11.20 aku smp..dapat gold medal no.67..kira ok la..kalo x kerana kekejangan yang menimpa diri aku, pasti pencapaian lebih baik aku perolehi...apa pun syukur aku selamat sampai tanpa ada kecederaan yang serius..jarak keseluruhan kayuhan 40km ja..
gold medal disediakan kepada 100 rider pertama smp..selepas tuh semua silver medal...
basuh dulu...

brader megat ni kena pacat 2 ekor kat kaki dia...rupanya dlm hutan tuh byk pacat jugak..ramai yang kena..xpa derma darah...mujur aku tidak dihisap oleh pacat...

nombor dan ranking aku..patut nya aku kena pulun dpt no.56..bru la leh kesinambungan 234 56

makan time...lauk sedap la jugak..

satu-satunya gerai jualan..tah apa nama produk pun aku x ingat la..geng2 penganjur gak ni..

semasa semua rider sedang kayuh..pihak penganjur mengadakan pertandingan mewarna dan sukaneka kepada ahli keluarga yang hadir..bdk ni menang pertandingan mewarna...

bdk ni pulak menang cabutan bertuah..akhirnya no.aku bertuah juga...baucer masuk ke ecopark bukit merah laketown resort...



jadi sampai disini sja coretan aku utk kayuhan kali ni...diharap segala kritikan yang aku lemparkan dalam coretan aku tidak menyinggung mana2 pihak yang membca...semoga segala kritikan atau pujian akan dijadikan panduan kepada mana2 pengnjur yang akan mengnjurkan jamboree akan datang...kepuasan dan keselamatan rider perlu diutamakan....sekian....

lembah bujang vs seri iskandar

salam kepada semua pengunjung blog ini...diharap anda dlm keadaan ceria semasa membaca blog ini..tajuk kali ni lembah bujang vs seri iskandar..bukannya berlawan tp ada 2 crita yang berbeza..kali ni special skit, review 2 crita sekaligus sbbnya x mau membazir page..hahaha...aku pun mls nk buat byk2 tajuk..wat 1 tajuk sudah...ok anda semua bole la layan sedikit coretan di bawah ini dengan d lengkapi gambar2 yang nice2 belaka.....

Tarikh : 18/11/2010 (khamis - raya haji kedua)
Destinasi : Sg.petani - Lembah Bujang
Jumlah rider : 3 orang saja (aku. rohairy, fezal)



sebelum raya haji aku try la mencuba nasib call mr.president "rohairy" utk ajak kayuh..dah lama x kayuh bersama beliau...dikesempatan ini saja la tanya dia kot2 dia x bz ari khamis pagi..tgk2 pelawaan aku di terima seadanya..dia setuju..terus aku pun ajak fezal..hanya kami 3 sja yang berdekatan..geng2 lain dok jauh sgt..cian depa nk mai jauh2...setelah semuanya on..kami bertemu di giant sg.petani di pagi hari tepat jam 7.30pagi tayar pun bergolek utk menuju ke lembah bujang...
kelihatan fezal yang sudah lama tidak berkayuh...pancit skit la noo...

ini dia mr president..masih mengganas ketika kayuh...



setelah mengharungi jalanraya yang agak mendatar dan melintasi jambatan semeling..kami dihidangkan dengan bukit yang agak suam2 kuku utk sampai ke lembah bujang.. tepat jam 9.15pg kami tiba dan berehat sebentar di perkarangan kawasan air terjun lembah bujang..lama x berborak sembang2 dengan rohairy..byk crita psl beskal mula menjadi bualan..

dulu aku penah dtg sini dengan jamis (jentera pertama aku)...ketika baru nak mula menceburi mtb ni..ini maknanya kali kedua aku dtg sini..jika sesiapa nk tgk coretan episod pertama boleh la klik disini kayuhan tupah.

fezal dan rohairy...

lama x bergambar bersama..harap pasni kerap la gmbr kita noo d mana2 jamboree

tengah tggu fezal...jauh ketinggalan d belakang..fezal mempunyai masalah tenaga yang amat kritikal..pancit teruk...

sementara tggu fezal...bergambar kat papan tanda ini..dimana kita berada..sentiasa lah beringat ALLAH MAHA BESAR...

sarapan pagi...pelita nasi kandar sg.petani...

x sabar2 nk makan dah fezal ni.. kesian aku tgk fezal ni...lapar + penat = sempot...

dah nk balik dah...11.30pg smp umah..
Tarikh : 21 / 11/ 2010
Destinasi : Ayer Tawar - Seri Iskandar
Ahad 7.45pg ketika ini ramai sahabat2 aku d jitra dan alor setar join uum race pada pagi ini..semoga depa berjaya... tetapi pagi ni juga aku membuat kayuhan solo dari ayer tawar ke seri iskandar..jarak lebih kurang pergi balik 56km..sebenarnya ini merupakan laluan aku p keja hari2...bila naik kereta p keja mula la terpikir nak kayuh pulak ikut laluan ni..walaupun ia hanyalah kayuh road tp ia juga dpt membantu dan meningkatkan tahap kecergasan seseorang..laluan yang agak mendatar dan terdapat juga sedikit bukit yang harus ditempuh boleh membuatkan peluh menitis tup tup di frame giant aku...
kawasan ini kiri kanan ladang kelapa sawit..so bila pg redup la x la panas sgt...bila mnuju ke tengahari...ahhrggg dugaan panas mula mendatang...

yes dh nk sampai...

1st aku smpai tepat jam 9.05pg..jadi bergambar la dlu sblm bertolak balik..

pic ni kalo sapa2 nk wat desktop backgrond pun bole..aku izinkan...

aku keseorangan...team2 mtb yang sewaktu dengannya buat kayuhan boleh la aku join...


"uitm di hatiku" ini lah slogan yang sentiasa menjadi ingatan oleh semua pelajar atau ex pelajar uitm..dulu aku d uitm shah alam...

perjalanan balik lagi 20km...
selamat tiba pada jam 10.45pg....
puas!!

Jumpa aku d Jamboree Gopeng...